Friday, December 29, 2006

Blast Of The Past

Tadi masa aku tengah buat-buat sibuk depan komputer (malas nak kerja hari ni..semangat cuti dah mariiii)..aku terdengar amoi depan aku bukak lagu kat komputer dia..lagu cinta retro..sedap gak layan...aku pun teringat masa zaman remaja dulu..bukan apa, masa zaman aku dulu tak de lagi mp3 atau cd..vcd/dvd lagi la..lubang idung pun tak nampak lagi masa tu...so, bila zaman 'monkey love' ..kalau ada minat sama marka/aweks/bunga selalunya kitaorang kasi kaset dubbing...kira lagu-lagu tu macam luahan hati gak laaa...biasanya lagu cinta ler..tak kan nak kasi awek lagu death metal lak...kena la lagu yang mengusik jiwa...

aku tak tau la sekarang ni ada lagi ke system mengurat macam tu..kalau ada, yang pasti mesti tak pakai kaset punya..zaman sekarang ikut henfon pun bole hantar lagu.. tak kira laaa...tapi kat sini aku nak senaraikan lagu-lagu yang pada aku boleh kasi aweks tangkap leleh punya..sila cari dan donlod pas tu hantar kat awek yang korang minat..mesti tangkap cintan punya..kalau tak, korang carik mi segera cintan je..makan kenyang perut pas tu gi berak...

ok..aku bagi dua kategori dulu untuk lagu inggeris..satu cintan leleh, satu lagi rock leleh...pilihan aku adalah (drum roll please) :

* mungkin ada tajuk lagu yang tak berapa nak betul..aku ingat2 lupa daaaa....

Cintan Leleh (Retro Collection)
1. You're My Every Thing - Santa Esmeralda
2. Casablanca - Bertie Higgins
3. Lady - Kenny Rogers (Boleh dengar sambil makan ayam kenny rogers)
4. Still - Lionel Ritchie
5. Lady In Red - Chris de Burgh
6. I Should Have Known Better - Jim Diamond
7. Total Eclipse Of The Heart - Bonnie Tyler
8. All Out Of Love - Air Supply
9. Ocean Deep - Cliff Richard
10. Everytime You Go Away - Paul Young
11. Because I Love You - Shakin Steven
12. Shower Me With Your Love - Surface
13. Because I Love You (The Postman Song) - Stevie B
14. Some Guys Have All The Luck - Rod Steward (Lagu ni kena letak kat last. Ni lagu kesian..awek tu mesti serba salah kalau tak layan ko).

Cintan Rocker.(Retro Collection)
1. Desert Moon - Dennis De Young
2. Soldier Of Fortune - Deep Purple
3. Still Loving You - Scorpions
4. Babe - Styxx
5. Rock & Roll Dreams Come True - Jim Steinmen (Meatloaf ada gak wat lagu ni tapi aku suka version jim steinmen)
6. Love Hurts - Nazareth
7. The Air That I Breath - The Hollies
8. Wonderful Tonight - Eric Clapton
9. Love Of A Lifetime - Firehouse
10. When I See You Smile - Bad English
11. The Flame - Cheap Trick
12. I Cant Fight This Feeling - REO Speedwagon
13. I Want To Know What Love Is - Whitesnake
14. Love Changes Everything - Corey Hart

Itu la seleksi yang aku terpikir wat masa ni..ada gak seleksi lagu rock cintan melayu tapi nanti la aku tulih..so, kalau ada sesapa nak komen list aku tu silakan laaa..kalau ada lagu yang korang suka tapi takde dalam list aku kasi la nama lagu dan penyanyi skalai..mana tau aku pun minat tapi terlupa kat lagu tu laks..

Thursday, December 28, 2006

Selamat Hari Raya AidilAdha Dan Selamat Tahun Baru 2007

Ni adalah azam tahun baru aku..Nak mulakan satu blog..Harapnya menjadi la kali ni...jangan 'hot-hot chicken shit' je dah ler..kang dari blog jadi goblok lak...

Aku sebenarnya dah lama dah nak mulakan blog ni sebab aku rasa banyak pendapat aku yang aku nak kongsi dengan orang ramai..sebelum ni tak ramai yang nak layan aku punya bebelan tapi kalau ada blog senang..sapa nak baca kalau tak nak tak yah baca...

Anyway, to kick-start things baik aku cerita la serba sikit pasal aku ni... Tapi tak la semua sebab aku prefer to be an anonymous blogger jadi jangan harap la nak tau nama betul aku ke, gambar aku yang tak brapa nak hensem ni ke dan yang sewaktu dengannya..apa yang aku boleh kongsi ialah mende-menda yang terlibat dengan diri aku secara lansung mau pun tak lansung..

Aku berasal dari selatan tanahair... masa aku ambik spm dulu waktu tu ramlah ram masih top lagi..aku berbintang gemini so there is always two different sides of me...contohnya : aku ni minat rock tapi dalam pada masa yang sama aku ni kira romantik gak orangnya..yeahahahaha...
aku minat bola (aku support man utd dari dulu, kini dan selamanya), aku minat main chess, playstation, minat tengok movie (vcd/dvd), minat dengar music, minat main chess dan minat kat anime gak..kadang-kadang member kata aku ni lawak gak tapi selalunya aku wat lawak badul jer...tak tau la kalau depa saja je kata sebab nak ambik hati (biasa wat lawak masa sembang kat kedai mapley..puji aku nak suruh belanja la tu)...

Ok la tu la serba sikit tentang diri aku..start tahun baru akan lebih 'berdesup' aku memblog sebab lepas ni kan cuti panjang..balik cuti la baru boleh cerita...

Salam perkenalan dari aku dan ucapan selamat ari raya n selamat tahun baru!!