Monday, April 23, 2007
Phewww!!
Tension aku..mana taknya..tinggal berapa game je nak abis..man u bole buat ghapla la pulak..seri lawan boro..memula tu aku ingat mesti best nih..minit ke-3 dah score sebiji..adakah roma all over again? roma amendenya..romantika d'amor pun bukan..nyaris kalah lagi ada..nasib baik seri..aku ingat aduiii nanti lead tinggal 1 point jer..nasib baik chelshite pun seri..muahahaha...lead masih 3 points...phewwwww!!
Monday, March 26, 2007
Movie & Games Lagi
Best tul la bulan ni..tgk movie lagi..mula-mula ari tu aku tengok citer 300..ala kisah pasal pahlawan sparta tuuu...aku tengok filem ni sebab 1. citer ni dari idea frank miller..aku enjoy tengok sin city so aku kondifen citer ni pun mesti best gak.. 2. citer ni pasal sparta..aku baru je repeat main PS2 game God of War so memandangkan citer ni ala-ala God Of War tu yang nak gi tengok tu..terpaksa la aku klentong anak aku lagi..anak aku yang sulung ni umur 6 tahun..pantang kalau aku keluar asik nak ikut jer..keluar gi kedai kat bawah pun nak ikut..keluar gi buang sampah kat luar pun nak ikut..anyway, back to the review..actually i have mixed emotions after watching the movies..i do truly enjoyed it, the cgi, special effects (and some uncensored scenes..waliau..i don't know our censorship board so lenient these days..thanks LPF for some gratutious nipple scene) but the movie storyline is full of white supremacy overtone (albeit in a subliminal form)..but what the heck.. its still a kick-ass movie. Aku bagi rating 4 popcorn dari 5 popcorn ( tambah air milo segelas sebab ada nipple scene)
So, nak jadi cerita..masa balik tu aku terletak stub tiket wayang tu kat atas cabinet..anak aku macam biasa la..bila aku balik memang dia dah mengendeng kalau ada 'jajan' (for those who dont know what jajan is..its not jalan jalan cari makan although its similar..'jajan' is snacks)..entah camna dia ternampak lak tiket wayang tu...kantoi aku ngan anak aku..muka dah masam sebab tak bawak dia so terpaksa la aku janji ngan dia nak bawak gi tengok crita En. Kacang (Mr. Bean) nanti..
Last Saturday, aku pun bawak la anak aku ni tengok Mr. Bean..aku dah siap booking dah tiket thru SMS tapi sebab aku lambat sampai..tiket aku dah di kanselkan atau ertikata lain dijual kat orang lain...aku tak tau la pulak kena ambik tiket yang dah di book at least 45 minutes before (atau sengaja tak nak ambik tau)..kena pulak panggung full house..tiket abis kata mamat yang jaga kaunter tu..anak aku dah tension dah..mungkin sebab kesian, mamat kaunter kata kalau satu tiket ada laa..tapi duduk kena pangku..ahh..tak kisah la..janji dapat tengok..apa yang aku bole kata ekk pasal movie Mr. Bean tu? entah la..bisa jer pada aku..tak la lawak mana pun..tengok Raja Lawak Astro lebih lawak kut..tapi ada la scene-scene yang bole tahan gak kelakarnya..Aku bagi rating 2 1/4 popcorn dari 5 popcorn..
Tuesday, February 27, 2007
Ghost Rider
Before CNY ari tu aku tengok Ghost Rider..pada aku citer dia best tahap dewa..kalau korang tak suka korang punya pasal laaa..tapi aku suka..dia punya cgi dasyat giler beb..lebih dasyat dari cicak man (betul ke perbandingan yang aku buat ni) .. tak kira laa..yang penting aku enjoy tengok citer tu walaupun aku kena tipu sunat anak aku kata aku gi kerja ...kalau tak dia nak ngikut...
ok..berbalik pada ghost rider ni..sebenarnya aku masa remaja-remaja dulu ada follo gak komik dia..tu yang aku teruja sangat bila depa kata filem dia nak kuar..ghost rider ni tak la se femes spiderman atau superman atau batman .. mungkin sebab dia kurang seksi kot (superman ngan batman seksi tahap gaban sebab tunjuk spender dia kat orang) .. tapi tu yang buat aku minat kat ghost rider tu .. aku bukan gay yang suka tengok lelaki lain pakai spender...anyway, dulu ghost rider ni banyak buat penampilan dalam komik the midnight sons..haaa..ni la komik yang aku paling minat..salah satu karektor dalam komik ni pun depa dah buat filem..korang mesti dah tengok punya..citer dia tajuk blade..cuma aku angin skit sebab dalam blade trinity depa buat watak hannibal king macam badut...woii..hannibal tu leader la beb..setakat blade tu dia seligi jer..tapi sebabkan filem tu pasal blade kena la nampak macam blade lagi best.. karektor kegemaran aku dalam midnight sons series sebenarnya adalah morbius..konflikted sebenarnya karektor dia ni..memang sesuai dibuat movie tapi setakat ni x de pulak yang nak buat cerita pasal dia..kalau aku taiko hollywood dah lama aku wat filem pasal midnight sons ni..
(tapi kalau aku diberi budget besar buat filem aku nak wat filem pasal metal gear solid (solid snake beb...cool peringkat tertinggi tu)
Tuesday, January 16, 2007
Cakap Cakap Bola
Thailand 1 Malaysia 0 .. itu la keputusan bola peringkat kumpulan piala asean baru tadi...malaysia harus berterima kasih pada filipina sebab seri ..kira layak nasib la ni..tengok game tadi buat aku sakit hati je...tak ada peningkatan lansunga..first touch hancusssss...stray passes..tak de vision..kelam kabut..arasa nak menangis pun ada..aku sebenarnya dah malas nak sentuh pasal skuad kebangsaan ni..mengabihkan borehhh wat kata orang negeri atapi sebagai rakyat malaysia yang kalau piala dunia boleh support team england..tak kan pasukan kebangsaan sendiri tak nak support...aku ingat lagi kejohanan lepas semi-final lawan indon...punya la semangat awal-awal aku dah terpacak kat stadium..kesudahan hampehhhh..tak tau la mana silapnya..tapi kalau myanmar berani letak goalie umur 16 tahun..kenapa tak malaysia? apa dah jadi ngan titus james palani? the great malaysian hope orang kata...dah tak berapa bagus ke dia? kenapa tak bagi pendedahan kat kejohanan macam ni? tengok cara main tadi je akau rasa sedih, sebak, takut...sebab piala asia kali ni kita ada sama..biasa la..layak sebab jadi tuan rumah..kalau tak jangan harap laaaa...tapi downside layak jadi tuan rumah ni ada banyak...sebenarnya layak ke kita? bagus ke prestasi kita? atau kita akan masuk rekod sebagai pasukan yang paling banyak bolos...malaysia kan suka wat rekod...malaysia bolehhhh...
Wednesday, January 3, 2007
PS2
Entah kenapa aku terfikir pasal PS2 plak kali ni...dah lama dah aku tak layan PS2 sebab setakat ni tak ada game yang aku rasa worth playing..last title aku layan ialah 'God Of War'...best giler game tuuu...sebelum tu Onimusha...so bila boring semalam aku cuba layan balik PS2 aku..baru aku teringat Need For Speed : Most Wanted tak abis main lagi..setakat ni dah ranking no 5..nak kena beat mamat ranking no 4...Oh ya..pada sapa yang tak follow game ni meh aku cerita serba sikit...dalam game ni ko jadi champion race underground..jadi satu hari tu ko celen taiko racing lain dan kalah..abis bmw ko kena rampas (macam cerita p ramlee gak ni..main rampas harta mende orang jer)..jadi untuk mengembalikan maruah ko sebagai jaguh lumba (bukan lumba pakai motor jaguh tau)..ko kena go through 15 kaki racing...bukan senang nak ajak depa ni racing..ko kena buktikan yang ko ni budak jahat dengan cara piss off kan polis (jangan wat betul2 wooo..kang tido lokap kang..ni game je beb)..certain ranking kena complete certain task..makin tinggi ranking makin susah..so setakat ni aku cuma berjaya ke ranking no 5..semalam akau cuba sambung balik tapi masih belum dapat kumpul points yang sepatutnya..nak sambung rasa malas lak..lagi pun need for speed : carbon pun dah kuar..ingat beli carbon dulu ahhh...kalau ada mood baru sambung balik kut...
aku sebenarnya game racing ni layan macam tu je..aku lebih pada game macam onimusha, resident evil, silent hill dan yang paling aku suka ialah metal gear solid...tapi aku rasa la..mgs yang terbaru mesti dalam format PS3 punya..tu yang hampeh tuuuu
aku sebenarnya game racing ni layan macam tu je..aku lebih pada game macam onimusha, resident evil, silent hill dan yang paling aku suka ialah metal gear solid...tapi aku rasa la..mgs yang terbaru mesti dalam format PS3 punya..tu yang hampeh tuuuu
Selamat Tahun Baru 2007
Tak de update..baru balaik cuti..lagi pun connection lag...malas nak tulis..
Friday, December 29, 2006
Blast Of The Past
Tadi masa aku tengah buat-buat sibuk depan komputer (malas nak kerja hari ni..semangat cuti dah mariiii)..aku terdengar amoi depan aku bukak lagu kat komputer dia..lagu cinta retro..sedap gak layan...aku pun teringat masa zaman remaja dulu..bukan apa, masa zaman aku dulu tak de lagi mp3 atau cd..vcd/dvd lagi la..lubang idung pun tak nampak lagi masa tu...so, bila zaman 'monkey love' ..kalau ada minat sama marka/aweks/bunga selalunya kitaorang kasi kaset dubbing...kira lagu-lagu tu macam luahan hati gak laaa...biasanya lagu cinta ler..tak kan nak kasi awek lagu death metal lak...kena la lagu yang mengusik jiwa...
aku tak tau la sekarang ni ada lagi ke system mengurat macam tu..kalau ada, yang pasti mesti tak pakai kaset punya..zaman sekarang ikut henfon pun bole hantar lagu.. tak kira laaa...tapi kat sini aku nak senaraikan lagu-lagu yang pada aku boleh kasi aweks tangkap leleh punya..sila cari dan donlod pas tu hantar kat awek yang korang minat..mesti tangkap cintan punya..kalau tak, korang carik mi segera cintan je..makan kenyang perut pas tu gi berak...
ok..aku bagi dua kategori dulu untuk lagu inggeris..satu cintan leleh, satu lagi rock leleh...pilihan aku adalah (drum roll please) :
* mungkin ada tajuk lagu yang tak berapa nak betul..aku ingat2 lupa daaaa....
Cintan Leleh (Retro Collection)
1. You're My Every Thing - Santa Esmeralda
2. Casablanca - Bertie Higgins
3. Lady - Kenny Rogers (Boleh dengar sambil makan ayam kenny rogers)
4. Still - Lionel Ritchie
5. Lady In Red - Chris de Burgh
6. I Should Have Known Better - Jim Diamond
7. Total Eclipse Of The Heart - Bonnie Tyler
8. All Out Of Love - Air Supply
9. Ocean Deep - Cliff Richard
10. Everytime You Go Away - Paul Young
11. Because I Love You - Shakin Steven
12. Shower Me With Your Love - Surface
13. Because I Love You (The Postman Song) - Stevie B
14. Some Guys Have All The Luck - Rod Steward (Lagu ni kena letak kat last. Ni lagu kesian..awek tu mesti serba salah kalau tak layan ko).
Cintan Rocker.(Retro Collection)
1. Desert Moon - Dennis De Young
2. Soldier Of Fortune - Deep Purple
3. Still Loving You - Scorpions
4. Babe - Styxx
5. Rock & Roll Dreams Come True - Jim Steinmen (Meatloaf ada gak wat lagu ni tapi aku suka version jim steinmen)
6. Love Hurts - Nazareth
7. The Air That I Breath - The Hollies
8. Wonderful Tonight - Eric Clapton
9. Love Of A Lifetime - Firehouse
10. When I See You Smile - Bad English
11. The Flame - Cheap Trick
12. I Cant Fight This Feeling - REO Speedwagon
13. I Want To Know What Love Is - Whitesnake
14. Love Changes Everything - Corey Hart
Itu la seleksi yang aku terpikir wat masa ni..ada gak seleksi lagu rock cintan melayu tapi nanti la aku tulih..so, kalau ada sesapa nak komen list aku tu silakan laaa..kalau ada lagu yang korang suka tapi takde dalam list aku kasi la nama lagu dan penyanyi skalai..mana tau aku pun minat tapi terlupa kat lagu tu laks..
aku tak tau la sekarang ni ada lagi ke system mengurat macam tu..kalau ada, yang pasti mesti tak pakai kaset punya..zaman sekarang ikut henfon pun bole hantar lagu.. tak kira laaa...tapi kat sini aku nak senaraikan lagu-lagu yang pada aku boleh kasi aweks tangkap leleh punya..sila cari dan donlod pas tu hantar kat awek yang korang minat..mesti tangkap cintan punya..kalau tak, korang carik mi segera cintan je..makan kenyang perut pas tu gi berak...
ok..aku bagi dua kategori dulu untuk lagu inggeris..satu cintan leleh, satu lagi rock leleh...pilihan aku adalah (drum roll please) :
* mungkin ada tajuk lagu yang tak berapa nak betul..aku ingat2 lupa daaaa....
Cintan Leleh (Retro Collection)
1. You're My Every Thing - Santa Esmeralda
2. Casablanca - Bertie Higgins
3. Lady - Kenny Rogers (Boleh dengar sambil makan ayam kenny rogers)
4. Still - Lionel Ritchie
5. Lady In Red - Chris de Burgh
6. I Should Have Known Better - Jim Diamond
7. Total Eclipse Of The Heart - Bonnie Tyler
8. All Out Of Love - Air Supply
9. Ocean Deep - Cliff Richard
10. Everytime You Go Away - Paul Young
11. Because I Love You - Shakin Steven
12. Shower Me With Your Love - Surface
13. Because I Love You (The Postman Song) - Stevie B
14. Some Guys Have All The Luck - Rod Steward (Lagu ni kena letak kat last. Ni lagu kesian..awek tu mesti serba salah kalau tak layan ko).
Cintan Rocker.(Retro Collection)
1. Desert Moon - Dennis De Young
2. Soldier Of Fortune - Deep Purple
3. Still Loving You - Scorpions
4. Babe - Styxx
5. Rock & Roll Dreams Come True - Jim Steinmen (Meatloaf ada gak wat lagu ni tapi aku suka version jim steinmen)
6. Love Hurts - Nazareth
7. The Air That I Breath - The Hollies
8. Wonderful Tonight - Eric Clapton
9. Love Of A Lifetime - Firehouse
10. When I See You Smile - Bad English
11. The Flame - Cheap Trick
12. I Cant Fight This Feeling - REO Speedwagon
13. I Want To Know What Love Is - Whitesnake
14. Love Changes Everything - Corey Hart
Itu la seleksi yang aku terpikir wat masa ni..ada gak seleksi lagu rock cintan melayu tapi nanti la aku tulih..so, kalau ada sesapa nak komen list aku tu silakan laaa..kalau ada lagu yang korang suka tapi takde dalam list aku kasi la nama lagu dan penyanyi skalai..mana tau aku pun minat tapi terlupa kat lagu tu laks..
Subscribe to:
Posts (Atom)